Monday, 1 August 2011

sekolah-sekolah sabah yang di lawati

tiga buah sekolah telah sudi menerima kunjungan kami untuk menjalin dan mengeratkan hubungan. kami telah disambut meriah dan telah dilayan mesra. semoga hubungan yang terjalin akan berterusan di bidang kurikulum dan kokurikulum di masa hadapan.

smk putatan kota kinabalu hebat dalam bidang kokuriukulumnya. disamping itu pengurusan pra universitinya juga agak mantap dan telah mempunyai blok dan pejabatnya tersendiri. kami telah disambut meriah dengan tarian sumazau oleh pelajar-pelajarnya, di bawa melawat ke sekitar sekolah dan dijamu makan tengah hari di dewan asrama. kemesraan guru-guru terutama pengetuanya pn hjh azah binti hj ismail.








smk abdullah II di tawau sebuah sekolah yang paling lengkap prasarananya. smk abdullah II merupakan sekolah dengan asrama harian mempunyai mini stadium, dilengkapi juga dengan dewan dan surau. kawasan yang luas dengan blok bangunan canggih sekolah ini yang mempunyai lebih 1500 orang murid sangat berpotensi untuk cemerlang walaupun baru dibuka pada tahun 2005. kami telah disambut mesra oleh pengetuanya en mohd isa bin hasan dan di bawa melawat ke sekeliling kawasan sekolahnya.





sk mabul pula terletak di pulau mabul di daerah semporna. untuk ke pulau mabul terpaksa menaiki bot selama lebih kurang 3 jam bergantung kepada ombak laut celebes. ketabahan guru-guru yang mengajar sangat di sk mabul sangat di sanjungi. kebetulan gpk sk mabul ialah en mohd zaen bin latif ialah bekas pelajar sm sains muar (spm 1999). semoga ketabahan guru-guru yang bertugas di pulau ini dapat meningkatkan lagi azam kita untuk terus berbakti mendidik anak-anak malaysia demi masa depan negara tercinta.


setiap kali kunjungan majlis penyerahan sijil jalinan dan cenderamata telah diadakan. terima kasih kepada semua guru di sekolah-sekolah terlibat serta pihak ppd daerah kota kinbalu, tawau dan semporna yang telah sudi menerima kunjungan kami. semoga hubungan erat akan terus terjalin dan akan meningkatkan kecemerlangan pendidikan keseluruhannya.

No comments:

Post a Comment