Wednesday 27 April 2011

jpnj berwajah baru

bangunan baru jpnj telah mula digunakan mulai awal april 2011

kredit kepada,
jurufoto : en puniran denan
pengetua smk bandar maharani

Wednesday 20 April 2011

tahniah...pengarah jpnj yang baru

En Mohd Nor bin A Ghani telah dilantik sebagai Pengarah Pelajaran Johor mulai 20 April 2011. Semoga Johor terus cemerlang di bawah pimpinan beliau. insyaAllah.

Sunday 10 April 2011

program 10 ribu langkah


penolong kanan sekolah-sekolah menengah daerah muar telah dijemput untuk hadir ke program 10 ribu langkah yang berlangsung di tanjong ketapang muar bermula pada 7 pagi tadi. program hari ini adalah kelolaan jabatan pertanian daerah muar. ramai ahli majlis perhubungan gpk telah hadir. dan mengikuti program ini dari mula hingga akhir. semoga program anjuran pejabat daerah muar untuk meningkatkan kesihatan fizikal penduduk daerah muar disamping dapat meningkatkan lagi silatulrahim sesama warga muar akan diteruskan. semoga kegiatan ini menjadi budaya penduduk daerah muar. terima kasih pn hjh ramlah ali untuk gambar-gambar ini.

Saturday 2 April 2011

tn hj maarof sarman terharu

hj hassan adli pengerusi mpgpk menyampaikan sumbangan kepada hj maarof 



hj maarof gpk smk bukit gambir telah ditimpa musibah. pencuri telah masuk ke rumahnya dan melarikan sebuah kereta, empat laptop dan barang-barang kemas isterinya. kehilangan dikira lebih kurang 70 ribu ringgit. kejadian berlaku semasa hj maarof dan isteri bercuti ke bandung dan jakarta di musim cuti sekolah. semoga Allah lindungi kita semua. semua gpk telah memberikan sedikit sumbangan dengan pungutan derma kilat.

mesyuarat penyelarasan pengurusan kewangan

mesyuarat ajk majlis perhubungan gpk dan m4p bil1/2011

hj hassan adli pengerusi mpgpk dan m4p daerah muar

salam sejahtera

selamat datang ke blog gpk daerah muar